Carian Kursus

[ SZA0070 ] Kursus Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Untuk kursus selama 2 hari ini, kita akan mempelajari apa itu MALAYSIA MADANI yang telah diperkenalkan oleh YBhg. Dato' Sri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 yang telah dilancarkan pada  19 Januari 2023 bersamaan 26 Jamadilakhir 1444H | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) . Malaysia MADANI sebuah kerangka visi baru buat negara, suatu ikhtiar nirmala yang bersepadu dan holistik, bertunjangkan dasar-dasar yang berorientasikan masa depan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum.

Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAT), N (keyakiNan) dan I (Ihsan) yang menjadi tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

Objektif Kursus
  1. Mendedahkan kefahaman terhadap kerangka fungsi MADANI dan memupuk jatidiri penjawat awam berteraskan kepimpinan yang mampan.
  2. Membangun minda penjawat awam menuju kepada idealogi yang berkemahiran tinggi.
  3. Memupuk nilai sahsiah dan kepekaan terhadap pembangunan negara.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi dan tengahari tidak disediakan . Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Kursus ini adalah dilaksanakan secara dalam talian melalui Google Meet/Zoom. Setiap peserta akan dikenakan yuran pendaftaran kursus sebanyak RM 30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja). Resit rasmi bagi bayaran yuran yang telah dijelaskan akan dikeluarkan untuk membolehkan peserta membuat tuntutan semula kepada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Oleh itu, sekiranya pegawai tuan/puan berminat untuk menyertai kursus ini, sila muat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/Penyelia dan jelaskan bayaran secara dalam talian sebelum atau pada 5 Mac  2025 (Rabu) melalui dashboard akaun pengguna di laman www.dtims.intan.my.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran

Modul/Topik
Hari Pertama | 11/03/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Pengenalan Malaysia Madani
: Konsep Malaysia Madani
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Nilai Teras Kemampanan
: Nilai Teras Kesejahteraan
Hari Ke-2 | 12/03/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Nilai Teras Daya Cipta
: Nilai Teras Hormat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Nilai Teras Keyakinan
: Nilai Teras Ihsan
: Penutup dan Penilaian Kursus