Carian Kursus

[ FZA0008 ] Kursus Literasi Kewangan: Demi Esok dan Masa Depan [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan bagi menyediakan platform kepada penjawat awam untuk mendapatkan informasi mengenai strategi mengurus kewangan dan baki pinjaman dalam usaha memperoleh ketenangan minda. Peserta juga akan didedahkan dengan sesi perkongsian mengenai modus operandi penipuan kewangan dan panduan mengelak diri daripada menjadi mangsa jenayah komersial.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan panduan mengurus aliran tunai menjelang persaraan;
  2. Menyenaraikan amalan terbaik bagi melindungi diri daripada skim penipuan kewangan; dan
  3. Mengenal pasti faktor psikologi diri yang menjadi sasaran penjenayah (scammer).
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam.
  • Peserta yang berjaya mestilah mempunyai peranti kamera video (webcam) dan mikrofon.

Maklumat Tambahan

  • Bersedia dan sertai pautan kursus 10 minit sebelum sesi bermula.
  • Memastikan nama yang digunakan adalah nama sebenar peserta.
  • Memastikan pautan yang diterima adalah dari sumber atau host yang sah.
  • Video hendaklah sentiasa diaktifkan (on) mengikut kesesuaian, dan audio tidak diaktifkan (mute). Audio diaktifkan (unmute) hanya apabila ingin berkomunikasi. 
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (individu/berkumpulan).
Modul/Topik
Hari Pertama | 22/02/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MENUJU DESTINASI PERSARAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENGURUSAN ALIRAN TUNAI, ASET DAN HUTANG
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SIMPANAN DAN PELABURAN
Hari Ke-2 | 23/02/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ARE YOU A TARGET?
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: JENAYAH KOMERSIAL DAN TREND TERKINI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PSIKOLOGI KEWANGAN & PERSARAAN