Carian Kursus

[ BZA0008 ] Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah khusus untuk penjawat awam yang menerangkan secara terperinci mengenai pengurusan perolehan kerajaan berdasarkan kepada peraturan dan pekeliling perbendaharaan semasa yang berkuatkuasa. Ianya sesuai dihadiri oleh semua penjawat awam sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan perolehan.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta dalam bidang perolehan bagi mencapai prinsip nilai faedah terbaik dalam perolehan kerajaan untuk mengurangkan pembaziran wang awam
  2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus perolehan Kerajaan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan terkini yang telah ditetapkan
  3. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta dalam bidang perolehan yang merupakan bidang penting dan memerlukan penekanan dalam aspek pengurusan perolehan kerajaan dengan nilai faedah terbaik
Syarat Tambahan

Peserta yang dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian:

           1. Tidak perlu datang ke INTAN Kampus Sabah secara fizikal samada untuk pendaftaran dan sebagainya.Hanya perlu berada ditempat masing-masing.

           2. Hendaklah log in kepada goggle Meet pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.

           3. Dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.

          4. Boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat window Google Meet.

         5. Mengekalkan adab tatasusila semasa sesi pengunaan chat window Google Meet.

         6. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/01/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Perolehan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Integriti Dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan
Hari Ke-2 | 11/01/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Perolehan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyediaan Spesifikasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Penilaian Teknikal dan Kewangan (Bekalan & Perkhidmatan)
Hari Ke-3 | 12/01/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Pengurusan Sebut Harga
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaedah Perolehan Kerja
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Pengurusan Tender
Hari Ke-4 | 13/01/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Isu dan Masalah Dalam Perolehan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes