Carian Kursus

[ KNA0013 ] Kursus Pengurusan Harta Intelek Dan Pengkomesilan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengenalan Pengurusan Harta Intelek dan Pengkomersialan terbuka kepada penjawat awam yang ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan aspek perlindungan harta intelek dan proses pengkomersialan bagi produk fizikal mahpun perkhidmatan.  Pengisian kursus ini sangat bersesuaian dengan projek  Kumpulan Inovatif dan Kreatif mahupun mereka yang terlibat dengan pertandingan inovasi.  Peserta-peserta akan didedahkan dengan aspek teori dan amali berkaitan perlindungan harta intelek serta perkongsian dari pengamal / inventor tentang proses pengkomersialan yang telah di laksanakan.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai pengkomersialan dan perlindungan harta intelek hasil projek inovasi dan KIK selaras dengan Horizon Baharu KIK
  2. Memberi kesedaran dan peluang untuk mengaplikasi konsep pengkomersialan dan perlindungan harta intelek dalam inisatif KIK
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus ;

1.    Kursus akan dijalankan di lokasi ditetapkan secara bersemuka fizikal  melalui sesi ceramah dan aktiviti kumpulan (latihan amali).

2.    Kemudahan penginapan TIDAK DISEDIAKAN kepada peserta yang mengikuti kursus ini.

3.    Para peserta  dikehendaki membawa komputer riba untuk mengikuti latihan amali bagi slot kajian kes  dan carian data berkaitan harta intelek di website. 

4.     Peserta digalakkan berinteraksi dalam kelas bersemuka dengan mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran.

5     Menyediakan pakaian yang sesuai untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke pusat teknologi dan inkubator yang ditetapkan .

6.     Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus sekiranya memenuhi syarat kehadiran sekurang-kurangnya 100%.

Modul/Topik
Hari Pertama | 06/05/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Konsep Pengkomersialan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengenalan Kepada Harta Intelek
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Kepada Paten: Pendaftaran dan Proseduar
Hari Ke-2 | 07/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Paten Searching: Latihan Amali
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Harta Intelek (Bentuk-bentuk Penjanaan Pendapatan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Harta Intelek (Bentuk-bentuk Penjanaan Pendapatan): Kajian Kes dan Aplikasi
Hari Ke-3 | 08/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Lawatan Pusat Pengembangan Teknologi/Pengkomersialan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: (Sesi Perkongsian Pengalaman Pengkomersialan) Pusat Pengembangan Teknologi/Pengkomersialan :
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Inovasi
Hari Ke-4 | 09/05/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Path To Commerciallisation
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Recall, Review and Reflect on IP And Commercialisation