Carian Kursus

[ KPB0005 ] Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) - Modul IV : Penilaian Projek Dan Governan Dalam Projek [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus 3PAB ialah kursus komprehensif khusus untuk pegawai awam yang terlibat dalam pengurusan projek awam. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada peserta sebagai pengurus projek bertauliah yang berkemampuan menguruskan projek secara profesional.

 

Peserta akan mengikuti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta melalui pelbagai bentuk penilaian secara menyeluruh sepanjang kursus dijalankan.

 

Bagi melayakkan peserta dipertimbangkan pentauliahan dengan pensijilan pengurusan projek awam bersepadu (3PAB), peserta perlu menghadiri ke semua Modul I, Modul II, Modul III, Modul IV dan Modul V (penempatan projek) dalam tempoh masa dua (2) tahun.

 

Kursus ini dilaksanakan selama empat (4) hari secara bermodul.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kompetensi, daya inovasi dan kreativiti dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai projek.
  2. Menyediakan platform untuk mengenal pasti dan mengaplikasi kaedah terbaik dalam pengurusan projek serta mampu menyelesaikan masalah.
  3. Membangunkan kumpulan kepakaran dalam bidang pengurusan projek.
  4. Mendapat pengiktirafan sebagai pengurus projek bertauliah dan berkemampuan menguruskan projek secara profesional.
  5. Menyediakan peluang perkongsian pelbagai bidang kepakaran dalam pengurusan projek melalui strategi kolaboratif.
Syarat Tambahan

  • Peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak dibenarkan masuk dan perlu dirujuk untuk mendapat rawatan.
  • Peserta diwajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera.
  • Peserta digalakkan menggunakan pelitup muka sekerap yang mungkin sepanjang kursus berlangsung
  • Lengkap 2 dose vaksin
Modul/Topik
Hari Pertama | 03/10/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyiapan dan Penyerahan Projek
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengenalan kepada Penilaian Outcome Projek dan 10 Langkah dalam Penyediaan Kertas Penilaian Outcome
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Metodologi Penyelidikan- Penggubalan Terma Rujukan, Pengumpulan Data, Analisis Data & Rumusan Kajian
Hari Ke-2 | 04/10/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Kerangka Keberhasilan dan Indikator Pencapaian
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latih Amal: Penyediaan Kerangka Keberhasilan dan Indikator Pencapaian
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Cadangan Kajian Penilaian Outcome Projek
Hari Ke-3 | 05/10/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Governan dalam Projek
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Projek daripada Perspektif Ketua Audit Negara
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Nilai, Etika dan Integriti dalam Pengurusan Projek
Hari Ke-4 | 06/10/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perbincangan Kumpulan dan Pembentangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Panel Penilai
: Panel Penilai