Carian Kursus

[ EEA0094 ] GAMIFIKASI KREATIVITI DI TEMPAT KERJA [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Gamifikasi Kreativiti di Tempat Kerja adalah program yang direka khas untuk memperkenalkan elemen teori gamifikasi dan kreativiti yang mampu memberikan nilai tambah kepada tugasan rutin di tempat kerja. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kepakaran peserta dalam mengadaptasi kreativiti dan inovasi, menjadikannya alat strategik untuk memupuk kepuasan bekerja, ketahanan pekerja, dan penglibatan yang lebih baik di organisasi. Dengan pendekatan interaktif seperti ceramah, latihan praktikal, dan penilaian, kursus ini menawarkan peluang untuk meneroka strategi penambahbaikan kerja melalui adaptasi gamifikasi.

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasikan elemen teori gamifikasi dan kreativiti yang menarik dan mampu memberikan nilai tambah baharu pada rutin tugasan
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam mengaplikasi kreativiti dan inovasi dalam organisasi
Syarat Tambahan
  1. Terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.
  2. Peserta perlu mempunyai peranti yang lengkap (komputer, kamera web, mikrofon) dengan sambungan internet yang stabil.
  3. Platform Google Meet akan digunakan. Peserta perlu memuat turun aplikasi berkenaan sebelum kursus bermula.
  4. Kehadiran penuh dan penglibatan aktif dalam aktiviti interaktif adalah wajib bagi melengkapkan kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 16/04/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Gamifikasi dan Kreativiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Implikasi gamifikasi dan kreativiti menarik di tempat kerja
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Strategi Mengadaptasi Gamifikasi di Tempat Kerja
Hari Ke-2 | 17/04/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Strategi dalam membantu menambah baik latih amal
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Hands on/Demo