Carian Kursus

[ BZA0009 ] Program Transformasi Minda [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. 

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju
Syarat Tambahan
  • Program ini HANYA terbuka kepada penjawat awam lantikan baharu yang bertugas di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.
  • Permohonan akan dibuka DUA (2) BULAN sebelum tarikh program.
  • Pemilihan peserta adalah berdasarkan tarikh lantikan dan had bilangan peserta bagi satu-satu jabatan/ agensi. 
  • Penawaran program bagi peserta yang berjaya akan dilakukan selewat-lewatnya SEMINGGU sebelum tarikh program.
  • DIWAJIBKAN pemohon memasukkan TARIKH MULA menyertai Perkhidmatan Awam dalam ruangan Sebab Memohon Kursus semasa permohon ini dihantar. Kegagalan memenuhi ruang Sebab Memohon ini dengan Tarikh Mula Perkhidmatan akan memberi implikasi terhadap permohonan
  • Sila pastikan maklumat semasa permohonan adalah sahih serta tepat. Sekiranya maklumat yang dikunci masuk tidak selaras dengan maklumat perjawatan, permohonan akan ditolak secara automatik. Sebagai contoh, jika pemohon bertugas di INTAN Kampus Sabah, sila pastikan negeri bagi lajur alamat negeri perjawatan adalah Sabah, bukan Johor kerana tidak wujud INTAN Kampus Sabah di Negeri Johor. Integriti maklumat yang dikunci masuk adalah tanggungjawab pemohon. 
  • Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dimajukan kepada Pengurus Kursus En Asnan Sulung bin Sulaiman melalui talian 013-8910062 atau 088-483624.
Modul/Topik
Hari Pertama | 19/09/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ujian Psikologi
: Pembangunan Diri
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Integrasi Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Integrasi Kumpulan
Hari Ke-2 | 20/09/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sistem Pentadbiran Negara (Hala Tuju, Menjana Negara Sejahtera dan Negara Bangsa)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Overview Perkhidmatan Awam (Pengurusan Organisasi dan Laluan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peranan dan Tanggungjawab Penjawat Awam (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam dan Perintah AM)
Hari Ke-3 | 21/09/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tatakelakuan dan Tatatertib Pegawai Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Integriti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Kewangan (Gaji, Elaun dan Faedah Persaraan)
Hari Ke-4 | 22/09/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Keselamatan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Aduan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ketrampilan Diri
Hari Ke-5 | 23/09/2022 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Pelanggan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pemikiran Kritis dan Inovatif
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan, Ujian Kefahaman, Penilaian dan Penutupan