Carian Kursus

[ EAA0090 ] KURSUS TERNAKAN LEMBU DAN PERMANIAN BERADAS - AI (ARTIFICAL INSEMINATION) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus akan memberikan maklumat berkaitan :

  1. Teknik-teknik dan tatacara melakukan proses Permanian Berhadas (Artifical Insemination)
  2. Penjagaan dan masalah-masalah serta perameter pembakaan
  3. Cara mengatasi dan meningkatkan hasil .
  4. Mengenalpasti dan membuat pemeriksaan kebuntingan
Objektif Kursus
  1. Menambah pengetahuan berkaitan teknologi terkini dalam industri penternakan lembu, khususnya penggunaan teknik Artificial Insemination (AI).
  2. Meningkatkan kemahiran praktikal dalam pengurusan ternakan lembu serta pelaksanaan teknik permanian beradas dengan betul dan berkesan.
  3. Meningkatkan pengetahuan bagi memperbaiki produktiviti ternakan serta meningkatkan pengeluaran hasil seperti daging dan susu yang lebih berkualiti dan lumayan.
  4. Melalui teknik permanian beradas (AI): a) Peserta berupaya melaksanakan teknik ini sendiri bagi meningkatkan kadar kelahiran anak lembu, mempercepatkan pembiakan serta menghasilkan anak yang lebih sihat, cepat membesar dan berkualiti tinggi. b) Kualiti baka ternakan dapat dipertingkatkan melalui penggunaan benih lembu pejantan yang bermutu tinggi, sekali gus menghasilkan anak yang lebih baik daripada induk asal. c) Dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga penternak kerana tidak perlu memelihara lembu pejantan, di samping mengurangkan risiko penularan penyakit kelamin dalam kalangan ternakan.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 01/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: (12.30pm - 2.30 pm) Pendaftaran/Makan Tengah Hari / Solat
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: (2.30pm-3.30pm) Teori: Pengenalan Baka Ternakan & Peningkatan Kualiti Genetik Ternakan Melalui Permanian Beradas (A.I.)
: (3.30pm - 4.30pm) Teori: Pemprosesan, Pengurusan & Peyelenggaraan Semen Beku Serta Pengurusan Rekod & Pelaporan
Hari Ke-2 | 02/07/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: (8.00am - 10.00am) Teori: Anatomi, Fisiologi & Penyakit Sistem Pembiakan Ternakan Betina
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: (10.30am-11.30am) Teori: Kitaran Estrus & Pengesanan Berahi
: (11.30am-12.30pm) Pengenalan & Teknik Permanian Berada (AI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: (2.30pm-3.30pm) Teori: Pemeriksaan Kebuntingan (PD), Kelahiran & Pasca Kelahiran
: (3.30pm-4.30pm) Amali: Praktikal Pencairan Semen Beku & Penyediaan Pistolet
Hari Ke-3 | 03/07/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: (8.00am-10.00am) Amali: Praktikal Palpasi Rektal pada Ternakan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: (10.30am-11.30am) Amali: Praktikal Permanian Beradas (A.I.) pada Organ Pembiakan Betina & Ternakan
: (11.30am - 12.30pm) Prosedur Permohonan DIY AI & Etika Sebagai DIY AI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: (2.30pm- 4.30pm) Penilaian Kursus & Majlis Penutup & Bersurai