Carian Kursus

[ KFA0006 ] Kursus Pengurusan Aset Alih [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkaitan pengenalan pengurusan aset alih Kerajaan. Sepanjang 3 hari berkursus, para peserta akan didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul dan baik selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik.  Kursus ini turut bertujuan untuk memastikan aset kerajaan dapat diurus mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan prinsip-prinsip asas dan kaedah pengurusan aset alih kerajaan yang berkesan sebagaimana ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan;
  2. Mengaplikasikan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dengan lebih sistematik, cekap dan teratur; dan
  3. Mengklasifikasikan kepentingan pengurusan aset alih kerajaan dalam meningkatkan integriti dan tanggungjawab penjawat awam
Modul/Topik
Hari Pertama | 15/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Pengurusan Aset
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penerimaan Aset
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pendaftaran Aset
Hari Ke-2 | 16/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penggunaan Aset
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penyimpanan & Pemeriksaan Aset
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyelenggaraan Aset
Hari Ke-3 | 17/07/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pindahan Aset
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pelupusan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kehilangan & Hapuskira Aset