Carian Kursus

[ HAA0017 ] KURSUS UPSKILLING TEKNIKAL KEMAHIRAN PENDIGITAL PEMASARAN MELALUI GOOGLE SEO UNTUK USAHAWAN BARU (PKS 1 & 2) (UPSKILLING/GS) [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

80% rakyat Malaysia mencari produk atau perkhidmatan hanya di halaman pertama Google. Mereka lebih yakin dengan syarikat yang menjual produk atau menawarkan perkhidmatan jika blog atau laman web mereka berada di halaman pertama Google. Memiliki blog dan laman web saja tidak akan membuat platform anda kekal di halaman pertama Google dalam satu malam, anda perlu mengoptimumkannya melalui Search Engine Optimization (SEO).

Apa itu SEO? SEO adalah satu proses untuk meningkatkan jumlah dan kualiti trafik ke laman web atau laman web melalui hasil carian organik yang semulajadi dan percuma!

Apa yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan peringkat blog atau laman web anda melalui SEO ini?

Anda perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi pesaing anda dan memenangi hati pelanggan anda.

Objektif Kursus
  1. Organik: Dapatkan trafik percuma dari bakal pelanggan yang mencari produk atau perkhidmatan anda di enjin carian.
  2. Percuma: Platform percuma untuk perniagaan mempromosikan produk atau perkhidmatan.
  3. Kualiti: Tarik trafik berkualiti ke landing page anda, di mana enjin carian hanya menunjukkan carian berkaitan dari bakal pelanggan.
  4. Kuantiti :Tingkatkan lebih banyak trafik keLanding Page anda dan dapatkan lebih interaksi dari bakal pelanggan.
  5. First Page: kekalkan di halaman pertama enjin carian, yang lebih daripada 80% bakal pelanggan lebih suka klik apabila mencari produk atau perkhidmatan.
  6. Jenama: Buat bakal pelanggan mengingati jenama anda dengan kekal di halaman pertama enjin carian.
Syarat Tambahan

1) Terbuka kepada Usahawan Agromakanan berumur 18 Tahun Ke atas.

2) Berkemahiran menggunakan Laptop dan Telefon Pintar.

3) Mempunyai media sosial seperti Facebook, TikTok, X, dan Laman E-Commerce seperti Shoppe & Lazada untuk perniagaan.

4) Peserta yang berjaya terpilih akan dimasukkan ke Dalam Group Whatsapp Kursus.

5) Penginapan disediakan kepada peserta yang berjaya terpilih.

Modul/Topik
Hari Pertama | 25/10/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 1 – Basic Marketing Tools - Memahami perbezaan antara pemasaran percuma dan berbayar serta platformnya Modul 2- Google Trends & Search Engine Optimization (SEO) -
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Modul 2 – Google Trends and Search Engine Optimization (SEO) - Analisis tren pasaran semasa melalui alat penyelidikan kata kunci untuk membandingkan kata kunci popular, pasaran sasaran, dan corak carian.
Hari Ke-2 | 26/10/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 3: Google Business Profile - Ubah prospek yang mencari produk & perkhidmatan melalui Google Search & Google Maps kepada pelanggan baru anda.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 3: Google Business Profile - Ubah prospek yang mencari produk & perkhidmatan melalui Google Search & Google Maps kepada pelanggan baru anda.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Topik 4: Website Development - Bangunkan Laman Web anda untuk mempromosikan produk melalui Platform Google
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Topik 5 : TikTok for Business - Kepentingan pemasaran melalui TikTok kepada perniagaan Topik 6: Photo & Video Creation - Cipta gambar & video untuk mempromosikan produk anda
Hari Ke-3 | 27/10/2023 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Topik 7: TikTok Shop - Cipta kedai atas talian untuk memaparkan dan menjual produk secara langsung
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Topik 8: TikToks Ads - Boost jualan dan fahami jenis-jenis pengiklanan Topik 9: TikTok Live - Live engange bersama penonton/bakal prospek untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan