Carian Kursus

[ KLA0008 ] Henshin! Profesional Kepada Pengurusan [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

A leader should never compare his / her leadership & management skills with his / her employees. You should have superior leadership & management skills than your employees. – Saiful Ezane (rephrased from Jack Ma) -

  1. Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) terdiri daripada dua (2) kelompok pegawai yang melaksanakan tugas berkaitan pengurusan dan juga teknikal.
     
  2. Anda telah berkhidmat dengan cemerlang selama ini. Bos anda dan kerajaan telah menilai dan memutuskan sudah tiba masanya untuk menaikkan pangkat anda kepada peranan kepimpinan. Yay! Kecuali, tiada siapa yang menunjukkan kepada dengan tepat bagaimana untuk memimpin dan mengurus.
     
  3. Namun, apabila kenaikan pangkat berlaku atau kedudukan jawatan turut memerlukan pelaksanaan tugas pengurusan, kelompok pegawai profesional / teknikal mahu tidak mahu hendaklah juga melaksanakan kerja - kerja pengurusan. Apa yang perlu dilakukan?
     
  4. Henshin merupakan perkataan Jepun yang membawa maksud transformasi atau bertukar. Kursus Henshin! Profesional Kepada Pengurusan merupakan sebuah kursus yang akan menyentuh asas – asas kemahiran pengurusan dan pentadbiran yang dicadangkan perlu untuk diketahui oleh para pegawai profesional / teknikal. Terutamanya pegawai profesional / teknikal yang turut melaksanakan tugas pengurusan ataupun yang pertama kali naik pangkat dan berada pada jawatan penyeliaan.
     
  5. Kursus ini akan menumpukan kepada budaya amalan memimpin dan mengurus daripada perspektif softskills dan psikologi berbanding (BUKAN) ilmu pengurusan seperti kewangan, pentadbiran dan sumber manusia berdasarkan pekeliling.

KURSUS INI AKAN DILAKSANAKAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

Objektif Kursus
  1. Mendedahkan kepada perkara rutin dalam peranan sebagai pemimpin perkhidmatan awam.
  2. Menggunakan teknik – teknik bantuan dalam aktiviti – aktiviti pengurusan harian organisasi Kerajaan.
  3. Mengenalpasti isu menjadi pemimpin dan pengikut dalam perkhidmatan awam pada masa yang sama.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan
  1. Kursus ini sesuai untuk disertai oleh pegawai – pegawai bidang teknikal dalam kumpulan P&P yang mahu mendalami ilmu asas budaya pengurusan dan pentadbiran dalam organisasi, juga pegawai – pegawai bidang teknikal yang baharu naik pangkat.
     
  2. Manakala pegawai – pegawai P&P dalam bidang pengurusan boleh turut sertai untuk refresh semula kemahiran pengurusan dan pentadbiran masing – masing. Mohon P&P dalam bidang pengurusan jangan kecam jika kursus ini bosan bagi anda~

KURSUS INI AKAN BERLANGSUNG PADA BULAN RAMADAN / PUASA!

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 05/03/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ai Leading
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Leading For the 1st Time
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Leading From the Middle
Hari Ke-2 | 06/03/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Managing For the 1st Time
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Leading Geniuses