Peserta-peserta akan didedahkan dengan prinsip-prinsip asas dan kaedah pengurusan aset alih yang berkesan sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa. Peserta juga dapat meningkatkan kemahiran dalam proses dan aktiviti yang terlibat dalam pengurusan aset alih dan menerapkan kesedaran tentang pentingnya pengurusan aset alih yang cekap dan teratur.
1. Pemillihan peserta kursus diutamakan kepada Pegawai Aset dan Pembantu Pegawai Aset.
2. Pemilihan peserta yang lain bedasarkan kriteria permohonan peserta memohon kursus ini.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus.
4. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/ puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
5. Peserta diingatkan mematuhi Etika Perkhidmatan Awam sepanjang berkursus dan peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pengenalan Pengurusan Aset (AM 1.1) dan Pendahuluan Aset Alih (AM 2.1) | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Penerimaan (AM 2.2) Dan Pendaftaran (AM 2.3) | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Penyelenggaraan (AM 2.6) dan Pindahan (AM 2.7) |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pelupusan (AM 2.8) | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan (AM 2.3 dan AM 2.4) | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Kehilangan Dan Hapus Kira (AM 2.9) |