Carian Kursus

[ KPA0013 ] KURSUS BORNEO EXPERT EXCHANGE IN PUBLIC POLICY MAKING [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus
  • Kursus ini terbuka kepada pegawai dari gred 29 hingga 56 yang berkhidmat di kementerian/jabatan persekutuan/agensi/kerajaan negeri dan terlibat dalam penggubalan serta pelaksanaan dasar di jabatan/agensi masing-masing.  
  • Kursus ini akan dijalankan selama 3 hari dengan melibatkan sesi pembelajaran berbentuk teori dan analitikal.
  • Sesi ceramah akan dijalankan secara bersemuka.
Objektif Kursus
  1. untuk memberi pengetahuan asas dan kemahiran berkaitan penggubalan / penyediaan dasar awam kepada pegawai di Kementerian/Jabatan/Agensi yang terlibat
  2. meningkatkan kefahaman peserta mengenai prinsip, proses dan kerangka dasar awam dalam konteks pentadbiran kerajaan
  3. memberi pendedahan kepada kaedah dan pendekatan penggubalan dasar yang berasaskan bukti (evidence-based policy making)
  4. membantu peserta mengenal pasti isu-isu dasar serta menganalisis pelbagai pilihan dasar secara sistematik
  5. menggalakkan kerjasama antara agensi dalam proses penggubalan dan pelaksanaan dasar awam yang bersepadu dan berimpak tinggi
  6. meningkatkan kecekapan dan profesionalisme penjawat awam dalam menggubal dasar yang inklusif, mampan dan selaras dengan aspirasi nasional
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang 3 hari kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri setiap sesi dan aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20 peratus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK diberikan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus;

4. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTAN;

5. Penginapan akan disediakan oleh pihak INTAN. Walau bagaimanapun, kos perjalanan perlu diuruskan dan ditanggung oleh kementerian/jabatan/agensi masing-masing.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta semasa sesi taklimat pada hari pertama kursus.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 17/09/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus & Ice Breaking
: Introduction to Public Policy
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Problem Identification
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Policy Formulation
Hari Ke-2 | 18/09/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Policy Evaluation
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Group Assignment
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Preparation for Presentation
Hari Ke-3 | 19/09/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Preparation for Presentation
: Presentation
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Presentation