Carian Kursus

[ KEE1003 ] PENTADBIRAN TANAH DAN DAERAH [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Modul ini dirangka bagi mendedahkan dengan terperinci kepada peserta perbezaan fungsi dan peranan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tanah. Modul ini juga akan melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan pemahaman mengenai urusan pentadbiran dan perundangan tanah di Malaysia berdasarkan kepada Kanun Tanah Negara (KTN), Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Hakmilik Strata.

Objektif Kursus
  1. Di akhir modul, peserta Kadet PTD perlu berupaya untuk: 1. Membezakan fungsi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tanah; 2. Menjelaskan pelaksanaan tadbir urus tanah Persekutuan dan tanah Negeri di Malaysia; 3. Memahami kepentingan pemakaian peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa dalam pentadbiran tanah di Malaysia.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 14/10/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Fungsi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pentadbiran Tanah dalam Perlembagaan, Kanun Tanah Negara
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Struktur Pentadbiran Tanah Persekutuan dan Negeri
: Struktur Pentadbiran Tanah Persekutuan dan Negeri
Hari Ke-2 | 15/10/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelupusan Tanah – Pemberimilikan, Perizaban, Lesen, Permit
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Hak Tuan Tanah Berdaftar – Urusniaga Pindah Milik , Gadaian, Pajakan, Sewaan, Kaveat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hak Tuan Tanah Berdaftar – Pembangunan Tanah Pecah Sempadan, Pecah Bahagian, Penyatuan
Hari Ke-3 | 16/10/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penguatkuasaan / Hasil
Hari Ke-4 | 18/10/2024 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penglibatan PTG dalam Pengurusan Bencana