Carian Kursus

[ EAA0098 ] KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN RUSA (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus pengurusan penternakan rusa anjuran Institut Veterinar Malaysia adalah terbuka kepada pegawai pengembangan DVS yang berumur 18 tahun ke atas dan masih berkhidmat bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan pengurusan penternakan rusa bagi membantu para pelanggan DVS.

Objektif Kursus
  1. 1.Mengetahui ciri pengurusan rusa yang baik
  2. 2.Mengetahui prosedur bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan rusa yang baik
  3. 3.Mendapat kemahiran melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan rusa dengan lebih cekap.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus ini perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Yuran kursus adalah percuma.
  2. Kursus ini hanya dibuka untuk 25 peserta yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  3. Penginapan sepanjang kursus tidak disediakan dan semua peserta perlu mengatur penginapan masing-masing.
  4. Makan dan minum sepanjang kursus adalah disediakan kecuali makan malam (Sarapan pagi, Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang)
  5. Peserta perlu hadir ke kelas sekurang-kurangnya 10 minit sebelum program bermula
  6. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi bersama penceramah dan dengan peserta lain.
  7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui group whatsapp kursus.
  8. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 23/06/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Overview Industri rusa di Malaysia
: Anatomi dan Fisiologi Rusa
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Infrastruktur, Persekitaran dan Peralatan Pemeliharaan Rusa
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Kawalan Biosekuriti
: Pengurusan Kesihatan Gerompok Rusa
Hari Ke-2 | 24/06/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Kesihatan Gerompok Rusa -Sambungan
: Pengurusan Pembiakan Rusa
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Kesihatan Gerompok Rusa-sambungan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Pemakanan Rusa
Hari Ke-3 | 25/06/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Pemeliharaan Rusa IVM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Pemeliharaan Rusa IVM-Sambungan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Pengurusan Pemeliharaan Rusa IVM
: Potensi Industri Rusa di Malaysia