Carian Kursus

[ KCA0005 ] Kursus Asas Keselamatan Siber [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini melengkapkan peserta dengan pengetahuan asas dan amalan praktikal untuk mengenal pasti, mencegah dan bertindak balas terhadap ancaman keselamatan siber yang biasa dalam persekitaran kerja harian dan kehidupan peribadi.

Peserta akan mempelajari cara melindungi peranti, akaun, data serta aktiviti dalam talian, di samping menyumbang kepada pembentukan budaya keselamatan yang lebih kukuh dalam organisasi.

Peserta juga akan mempelajari tentang seni bina peranti mudah alih, trend ancaman yang semakin berkembang, perisian hasad mudah alih (mobile malware), pengurusan mobiliti  (Enterprise Mobility Management), serta langkah keselamatan praktikal untuk organisasi dan pengguna harian.

Objektif Kursus
  1. Memahami konsep asas keselamatan siber dan ancaman yang lazim.
  2. Mengenal pasti serangan phishing, penipuan, perisian hasad (malware) dan kejuruteraan sosial.
  3. Mengaplikasikan amalan selamat bagi kata laluan, e-mel, pelayaran internet dan penggunaan peranti mudah alih.
  4. Menerangkan seni bina peranti mudah alih dan permukaan serangan (attack surface) yang biasa.
  5. Mengenal pasti jenis utama perisian hasad mudah alih (mobile malware) serta ancaman yang sedang berkembang.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan di adakan di  Makmal Latihan Simulasi  yang digunakan untuk tujuan pembelajaran dan latihan keselamatan siber, di mana pengalaman “hands-on” kepada peserta supaya mereka memahami bagaimana operasi keselamatan siber dijalankan dalam dunia sebenar.

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/06/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Understanding Cybersecurity Fundamentals & Recognizing Cyber Threats
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Securing Devices and Networks, Including Mobile Devices & Safeguarding Data and Privacy
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Mobile Malware & Threats & Mobile Security for Enterprise