Carian Kursus

[ KNA0017 ] Kursus Human Resource Champions: Pengurusan Tatatertib [ Siri 4/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman berhubung dasar dan prosedur pengurusan kes tatatertib perkhidmatan awam berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
  2. Meningkatkan kemahiran pengurus sumber manusia untuk melaksanakan pengurusan tatatertib mengikut prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa
  3. Mewujudkan jaringan kerjasama (networking) di antara pengurus sumber manusia di kementerian/ jabatan/ agensi
Syarat Tambahan

1. Keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di Kementerian/jabatan/agensi.

2. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan untuk melayakkan bagi mendapat sijil kehadiran kursus.

4. Tempat penginapan adalah tidak disediakan

5. Yuran pendaftaran sebanyak RM30 perlulah dibayar oleh peserta kursus secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna). Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 12/08/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tatakelakuan dan Larangan Dalam Perkhidmatan Awam; Prosedur Tatatertib Biasa dan Tidak Dapat Dikesan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Prosedur Pegawai Yang Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah; Prosedur Perintah Tahanan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hukuman Tatatertib dan Implikasi Tindakan Tatatertib Terhadap Perkhidmatan
Hari Ke-2 | 13/08/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam; Dasar Pemisah (Exit Policy)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Surcaj
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Surcaj
Hari Ke-3 | 14/08/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Prosedur Rayuan; Kesilapan Lazim Dalam dalam Pengurusan Tatatertib
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan, Penilaian & Penutup