Carian Kursus

[ KEA0015 ] Kursus Pemerkasaan Psikologi dan Kerohanian [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan kesihatan mental yang baik?

Faham bagaimana untuk menguruskan emosi dan tekanan dengan berkesan?

Mahir dengan cara berkomunikasi yang baik dan sentiasa berfikiran positif?

Jika kebanyakan jawapan anda adalah TIDAK, maka marilah sertai kursus ini.

 

Kursus Pemerkasaan Psikologi dan Kerohanian ini adalah anjuran Kluster Pembangunan Profesional dan Etika, INTAN Bukit Kiara yang akan dijalankan di kampus INTAN Wilayah Timur (INTIM). Kursus ini diadakan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan secara ASAS kepada para penjawat awam mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental dan cara-cara menguruskan emosi dengan lebih berkesan. Kursus akan diadakan secara BERSEMUKA.

 

Kursus ini sesuai dihadiri oleh penjawat awam yang bertugas di Zon Timur yang tidak pernah berpeluang mengikuti kursus-kursus psikologi sebelum ini. TIADA PENGINAPAN disediakan untuk peserta.

 

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep, matlamat penjagaan kesihatan mental yang baik dalam kehidupan seharian.
  2. Menyenaraikan teknik pengurusan emosi yang berkesan digunakan dalam kehidupan seharian.
Syarat Tambahan

1. Peserta tidak pernah mengikuti Kursus Minda Sejahtera secara dalam talian yang dianjurkan oleh Kluster Pembangunan Profesional dan Etika, INTAN Bukit Kiara.

2. Kursus ini BUKAN untuk Pegawai/Pen. Pegawai Psikologi atau mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Psikologi/Kaunseling.

3. Peserta dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang simptom penyakit.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 22/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PEMBANGUNAN DAN PERSONALITI DIRI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: HUBUNGAN INTERPERSONEL DAN KOMUNIKASI
Hari Ke-2 | 23/03/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN ASAS KESIHATAN MENTAL
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENGURUSAN EMOSI DAN STRES
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL DAN RUMUSAN