Carian Kursus

[ EAA0018 ] KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM PENELUR (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengurusan Penternakan  Ayam Pedaging anjuran Institut Teknologi Unggas adalah terbuka kepada Pegawai Pengembangan Veterinar dan orang awam yang berumur 18 tahun keatas (penternak dan bakal penternak) bagi meningkatkan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam perkembangan penternakan di samping perkongsian pengalaman dari penceramah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di lapangan.

Objektif Kursus
  1. Memahami dan mengenalpasti cara penternakan yang baik di samping menambahbaik cara menternak.
  2. Mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam pengurusan penternakan ayam yang sedang atau akan dilaksanakan.
  3. Menyampaikan maklumat terkini kepada penternak di lapangan (pegawai pengembangan).
Syarat Tambahan

**Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke Institut Teknologi Unggas sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya.
  2. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  3. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  4. Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  5. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  6. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.
  7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window atau group whatsapp/telegram kursus.
  8. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

** Para peserta WAJIB mempunyai akses kepada talian Internet yang laju dan stabil serta mempunyai kemudahan kamera dan mikrofon pada komputer/laptop bagi melancarkan sesi pembelajaran secara dalam talian.
** Link capaian ke platform dalam talian akan dihantar melalui e-mel setelah maklumbalas penyertaan dibuat.
***Sila pastikan alamat emel dikemaskini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 29/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Over view Industri Penternakan Ayam Penelur di Malaysia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Prasarana dan Peralatan Reban
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Peringkat Anak Ayam Sehari (DOC)
Hari Ke-2 | 30/05/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Peringkat Pembesaran dan Pengeluaran Telur
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Kesihatan dan Pengurusan Kebajikan Ternakan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prospek Masa Hadapan Penternakan Ayam Penelur