Carian Kursus

[ KFA0027 ] Kursus Pengurusan Stor [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan secara hands on bab demi bab bermula Bab Penerimaan Stok sehingga Bab Kehilangan & Hapuskira Stok.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan aspek-aspek penting dalam Pengurusan Stor kerajaan selaras dengan PP – Tatacara Pengurusan Stor dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa;
  2. Merancang Pengurusan Stor dan mengenal pasti punca-punca berlakunya ketidakakuran dalam Pengurusan Stor; dan
  3. Menerangkan amalan-amalan Pengurusan Stor yang terbaik melalui perkongsian ilmu dan pengalaman.
Syarat Tambahan
  • Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Bukit Kiara sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam;
  • Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuat naik;
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus;
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. 
  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 08/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendahuluan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penerimaan Stok
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Merekod Stok
Hari Ke-2 | 09/03/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyimpanan & Pengeluaran Stok
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Keselamatan & Kebersihan Stor
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pemeriksaan & Pindahan
Hari Ke-3 | 10/03/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelupusan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kehilangan & Hapuskira