Carian Kursus

[ CAA0059 ] KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI TUMBUHAN AKUATIK DAN VIVARIUM (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Selain dari pihak Jabatan tiada lagi institusi lain yang dapat memberikan gambaran dan teknik sebenar dalam sektor pemeliharaan ikan hiasan yang digabungkan dengan tumbuhan akuatik. Konsep hiasan dalam akuarium seperti vivarium dan terrarium iaitu gabungan tumbuhan dan haiwan dapat membentuk kecintaan terhadap alam semulajadi dengan keindahan flora dan fauna. Hiasan akuarium yang cantik dapat menarik minat dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa dan ianya berpotensi untuk berkembang lebih jauh memandangkan pihak Jabatan telah melancarkan kempen 1 sekolah/pejabat – 1 vivarium/terrarium di mana ianya telah dilancarkan sempena Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2017 pada bulan September 2017 yang lalu oleh Y.A.B. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sijil kehadiran kursus yang dikeluarkan Jabatan adalah diiktiraf oleh mana-mana agensi Kerajaan bagi memudahkan pengusaha/bakal pengusaha membuat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan untuk pembiayaan projek.

Objektif Kursus
  1. Membolehkan pengusaha menguruskan tanaman (racun dan pembajaan) dengan betul.
  2. Meningkatkan kemahiran pengusaha dalam membuat pemilihan spesis tumbuhan yang berkualiti dan mengikut permintaan di pasaran dari semasa ke semasa.
  3. Meningkatkan pengetahuan pengusaha mengenai spesis tumbuhan dan ikan hiasan mengikut konsep hiasan.
  4. Meningkatkan kesedaran dalam pemeliharaan alam flora dan fauna.
Brosur/Dokumen
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 09/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA TUMBUHAN AKUATIK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: BIOLOGI DAN PEMILIHAN SPESIS TUMBUHAN AKUATIK
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENYEDIAAN TAPAK DAN LADANG TANAMAN TUMBUHAN AKUATIK
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN AKUARIUM
Hari Ke-2 | 10/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA VIVARIUM DAN SIMULASI HIASAN TERRARIUM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PERALATAN DAN BAHAN SERTA TEKNIK HIASAN PALUDARIUM
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SIMULASI HIASAN PALUDARIUM
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: AQUASCAPE DAN HIASAN AKUARIUM
Hari Ke-3 | 11/07/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SIMULASI HIASAN AQUARIUM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL