Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 :Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan secara berkesan dan berkualiti iaitu Delighting the Customer dari aspek fizikal, penyampaian dan emosi serta dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
Para Peserta dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:
1. Mendaftar sebagai pengguna dtims dan memberi maklumat peribadi yang lengkap terutamanya nombor telefon bimbit dan emel
2. Memastikan kamera dibuka sepanjang kursus berlangsung
3. Bersedia dengan buku catatan dan alat tulis masing-masing sepanjang kursus ini berlangsung
4. Membuat penilaian kursus setelah tamat berkursus untuk mendapatkan Sijil di Dtims
4. Nota secara softcopy akan diberikan kepada para peserta melalui emel./ WhatsApps Group atau melalui laman www.dtims.intan.my melalui dashboard penguna masing-masing.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Konsep Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Konsep Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti (Sambungan) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Komunikasi Berkesan Dan Hubungan Interpersonal |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Perkhidmatan Kaunter dan Telefon Berkualiti | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Imej Sebagai Petugas Barisan Hadapan / Rumusan Dan Penutup |