Carian Kursus

[ WZA0023 ] Pengurusan Perolehan Kerajaan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan perolehan kerajaan dan tanggung jawab penjawat awam untuk menjaga kepentingan kerajaan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan perolehan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pengurusan perolehan kerajaan;
  2. Membantu mengurangkan dan mengatasi masalah perolehan kerajaan; dan
  3. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang prosedur perolehan kerajaan yang terkini.
Modul/Topik
Hari Pertama | 19/08/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Pengurusan Perolehan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Perolehan Secara Sebutharga dan Tender ( Bekalan dan Perkhidmatan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Perolehan Kerajaan Secara Sebut Harga dan Tender ( Bekalan & Perkhidmatan) samb
Hari Ke-2 | 20/08/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Spesifikasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Penilaian Teknikal dan Kewangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Perjanjian Komprehensif & Progresif Bagi Perkongsian Transpasifik ( CPTPP) online
Hari Ke-3 | 21/08/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Isu dan Masalah Dalam Perolehan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Integriti Dalam Pengurusan Perolehan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak