Carian Kursus

[ WZA0038 ] Kursus MyPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan bagi membolehkan peserta kursus dapat mengaplikasikan kemahiran dalam penyediaan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dengan lebih terancang berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018  dan membina keupayaan sebagai pakar runding bagi melancarkan pelaksanaan  myPortfolio di agensi Kerajaan serta bertepatan kepada penjawat awam yang ingin mendalami prinsip pengurusan sumber manusia sektor awam, termasuk sebagai persediaan menjawat kedudukan sebagai pentadbir/ketua jabatan atau untuk meningkatkan pengetahuan selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

MyPortfolio merupakan penambahbaikan yang telah dibuat ke atas Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja serta penggunaan Borang Tindakan Kerja. Di antara pembaharuan yang dibuat melalui myPortfolio adalah seperti berikut:

  • Komponen Deskripsi Tugas atau JD yang memperincikan tujuan pewujudan sesuatu jawatan di agensi;  
  • Menambah elemen parameter dan hubungan secara horizontal tugas pegawai berkaitan dengan pegawai yang lain dalam sesuatu proses kerja;
  • Memperkukuhkan elemen ketelusan dengan menetapkan setiap aktiviti utama agensi perlu disediakan carta alir yang mengandungi tempoh masa dan dipaparkan di lokasi strategik agensi; dan
  • Memperkukuhkan aspek pemantauan melalui keperluan penetapan bahagian khusus yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan myPortfolio di agensi.
Objektif Kursus
  1. Menerangkan dan melaksanakan tatacara penyediaan myPortfolio dengan teratur
  2. Menyediakan satu myPortfolio untuk satu jawatan yang berasaskan sekurang-kurangnya satu proses kerja bagi tujuan pembentangan dan perbincangan kumpulan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan semasa.
Syarat Tambahan

Peserta digalakkan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan dengan penyediaan Myportfolio semasa kursus ini dijalankan seperti berikut (jika ada):

1) Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja,

2) Carta Organisasi Terkini,

3) Undang-Undang / Peraturan / Punca Kuasa yang berkaitan dengan fungsi jabatan, dan

4) Lain-lain dokumen berkaitan tugas / unit yang diperlukan untuk penyediaan myPortfolio.

Modul/Topik
Hari Pertama | 22/02/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN MYPORTFOLIO
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TATACARA PENYEDIAAN MYPORTFOLIO
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TATACARA PENYEDIAAN MYPORFOLIO..SAMB..
Hari Ke-2 | 23/02/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN JOB DESCRIPTION
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TATACARA PENYEDIAAN JOB DESCRIPTION
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KUIZ DAN SOAL JAWAB MYPORTFOLIO & RUMUSAN