Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.
1. Keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di Kementerian/jabatan/agensi.
2. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.
3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan untuk melayakkan bagi mendapat sijil kehadiran kursus.
4. Tempat penginapan adalah tidak disediakan.
5. Yuran pendaftaran sebanyak RM30 perlulah dibayar oleh peserta kursus secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna). Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.
6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pendaftaran.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | PENGENALAN SKIM PENCEN SEKTOR AWAM | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | FAEDAH-FAEDAH TERBITAN | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | PEMBERIAN TARAF BERPENCEN & PERCANTUMAN PERKHIDMATAN LEPAS |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | GANTIAN CUTI REHAT | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | KEMUDAHAN PERUBATAN | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | LATIH AMAL : PERSARAAN WAJIB DAN KEMATIAN DALAM PERKHIDMATAN |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | PENYEDIAAN MAKLUMAT HRMIS & DOKUMEN PERSARAAN | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | RUMUSAN, PENILAIAN & PENUTUP |