Carian Kursus

[ CAA0015 ] KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN AKUAKULTUR PERINGKAT LADANG (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini terangkan cara penyedian makanan yang boleh menjimatkan kos dengan efektif. Output yang diharap daripada kursus ini adalah peserta dapat menghasilkan makan akuakultur peringkat ladang dengan mengetahui jenis bahan ramuan dan peralatan pemprosesan yang digunakan adalah mengikut prosedur yang  ditetapkan serta dapat menilai kesan penggunaan makanan buatan ladang terhadap hasil akuakultur dari sudut ekonomi. Outcome yang diharap daripada kursus ini agar para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam mengenalpasti jenis bahan ramuan sebagai sumber protein dan sumber tenaga, penggunaan peralatan pemprosesan makanan rumusan, dapat menghasilkan makanan rumusan (pelet) mengikut prosedur yang ditetapkan dan berupaya menilai kesan penggunaan makanan buatan ladang terhadap hasil akuakultur dari sudut ekonomi. Selain itu, peserta dapat mengurangkan kos makanan dengan menghasilkan makanan sendiri di ladang tanpa membeli pelet komersial di pasaran.

Objektif Kursus
  1. Untuk menjelaskan jenis bahan ramuan sebagai sumber protein dan sumber tenaga.
  2. Berupaya mengenalpasti peralatan pemprosesan makanan rumusan.
  3. Dapat menghasilkan makanan rumusan (pelet) mengikut prosedur yang ditetapkan.
  4. Berupaya menilai kesan penggunaan makanan buatan ladang terhadap hasil akuakultur dari sudut ekonomi.
  5. Selesai kursus diharapkan para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam mengenalpasti jenis bahan ramuan sebagai sumber protein dan sumber tenaga, penggunaan peralatan pemprosesan makanan rumusan, dapat menghasilkan makanan rumusan (pelet) mengikut prosedur yang ditetapkan dan berupaya menilai kesan penggunaan makanan buatan ladang terhadap hasil akuakultur dari sudut ekonomi.
Syarat Tambahan

Penginapan dan makan dan minum disediakan sepanjang kursus berlansung. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 20/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ceramah 1 : Pengenalan Kepada Makanan Akuakultur & Zat Makanan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Ceramah 2: Pengenalan Bahan Ramuan & Perumusan Makakanan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Amali 1 : Pengenalan Kepada Peralatan Serta Kaedah Pemprosesan
Hari Ke-2 | 21/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Amali 2 : Peralatan & mesin Pemprosesan Pelet & Kadar Pemberian Makanan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Ceramah 3 : Status Penghasilan & Anggaran Keperluan Makanan Akuakultur & Asas Aliran Tunai
Hari Ke-3 | 22/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ceramah 4 : Jabatan & Industri
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perbincangan & Penilaian Program & Majlis Penutup