Carian Kursus

[ WZA0008 ] Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam: Prinsip, Prosedur dan Amalan [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada penjawat awam berkaitan dengan garis panduan, strategi, pendekatan dan langkah-langkah melaksanakan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di jabatan kerajaan

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
  2. Mengaplikasikan kaedah Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Jabatan selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU
Syarat Tambahan

Para Peserta dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

  • Menyertai group whatsapp sementara kursus bagi menyampaikan arahan/maklumat yang berkaitan (sekiranya perlu);
  • Peserta telah menerima 2 dos suntikan vaksin Covid-19 ;
  • Peserta mestilah tiada simptom Penyakit Covid-19;
  • Peserta dimohon membuat ujian kendiri Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebelum hadir berkursus, jika keputusan negatif boleh hadir dengan membawa keputusan berkenaan.  Dilarang hadir berkursus jika keputusan POSITIF;
  • Peserta diminta mengamalkan / mematuhi SOP yang ditetapkan  sepanjang berkursus;
  • Peserta diminta menyediakan RM30.00 tunai bagi tujuan pendaftaran kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi tujuan tuntutan di Jabatan masing-masing;
  • Peserta perlu memuat naik borang pengesahan kehadiran dalam sistem DTIMS sebelum hadir berkursus;
  • Peserta dikehendaki berpakaian kemas semasa berkursus mengikut pekeliling etika berpakaian yang berkuatkuasa serta memakai tanda nama; dan
  • Peserta diminta membawa surat tawaran kursus semasa membuat pendaftaran.
Modul/Topik
Hari Pertama | 17/05/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA EKSA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PANDUAN PELAKSANAAN EKSA DI JABATAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: (SAMBUNGAN) : PANDUAN PELAKSANAAN EKSA DI JABATAN
Hari Ke-2 | 18/05/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIH AMAL DAN PERBINCANGAN KUMPULAN (PEMBENTUKAN JAWATANKUASA)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBENTANGAN KUMPULAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LAWATAN PEMBELAJARAN
Hari Ke-3 | 19/05/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIH AMAL DAN PERBINCANGAN KUMPULAN (PENYEDIAAN GARIS PANDUAN)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBENTANGAN KUMPULAN, RUMUSAN, PENILAIAN DAN PENUTUPAN KURSUS