Carian Kursus

[ BZA0030 ] Kursus Pengurusan Pelanggan [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan peserta mengenai PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 dalam aspek Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan secara berkesan yang dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep asas perkhidmatan pelanggan berkualiti berdasarkan PKPA 1/2008.
  2. Menyenaraikan kepentingan perkhidmatan pelanggan dari persepsi pelanggan atau orang awam.
  3. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) tugas dan tanggungjawab sebagai penyelia atau pengurus perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berbudi bahasa.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;

1.       tidak perlu datang ke INTAN Kampus Sabah secara fizikal samaada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada ditempat masing-masing.

2.       hendaklah log in kepada Zoom pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.

3.       dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.

4.       boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat zoom.

5.       mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat window zoom.

6.       membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 24/05/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perkhidmatan Kaunter & Telefon Berkualiti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hubungan Interpersonal
Hari Ke-2 | 25/05/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Imej Sebagai Petugas Barisan Hadapan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Komunikasi Berkesan