Carian Kursus

[ KCA0172 ] Kursus Pengenalan Dasar dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian dan memberi pendedahan asas mengenai konsep AI dengan fokus kepada dasar, tadbir urus dan etika penggunaan AI, khususnya dalam sektor awam. Peserta didedahkan kepada isu seperti privasi data, ketelusan, kebertanggungjawaban dan risiko bias bagi menyokong penggunaan AI yang bertanggungjawab dan berintegriti.

Objektif Kursus
  1. Mengukuhkan konsep AI dan mengenalpasti peranannya dalam transformasi sektor awam;
  2. Memberi kefahaman tentang dasar dan garis panduan penggunaan AI secara bertanggungjawab;
  3. Memberi kefahaman tentang etika AI dan keselamatan data
Modul/Topik
Hari Pertama | 05/02/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan AI secara konsep, transformasi nasional dan sektor awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Dasar AI yang sedia ada dan akan datang
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Etika AI dan data