Carian Kursus

[ FZA0004 ] Kursus Persediaan Psikologi untuk Bakal Pesara [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Selaras dengan pembentukan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kursus ini direka bentuk oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA bagi membantu bakal pesara mempersiapkan diri dari segi psikologi menempuh alam persaraan dengan lebih baik. Keupayaan menguruskan psikologi diri dapat membantu individu menjalani kehidupan dengan baik dan bermakna. Individu yang sejahtera dari segi psikologinya seharusnya mempunyai mood dan emosi positif, rendah emosi negatif, berpuas hati dengan kualiti kehidupannya dan berfungsi secara positif (Diener et al., 2010; Ryff & Singer, 2006b; Keyes, 2005; Seligman, 2011).

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti empat (4) aspek utama yang perlu dikuasai sebagai persediaan psikologi menuju persaraan;
  2. Menerangkan teknik mengurus emosi menggunakan kemahiran kecerdasan emosi (EI) berdasarkan konsep EI oleh Daniel Goleman;
  3. Menyusun keutamaan dalam hidup bagi membantu menguruskan masa dan tekanan; dan
  4. Mengenal pasti kecenderungan laluan pesara berdasarkan profil CASERI.
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini terbuka kepada penjawat awam yang bakal bersara dalam tempoh terdekat - bersara wajib/pilihan.
  • Keutamaan tempat kepada peserta yang berumur 50 tahun dan ke atas.
  • Sekiranya terdapat kekosongan, peserta akan dipilih dalam kalangan penjawat awam berumur 50 tahun ke bawah.
Modul/Topik
Hari Pertama | 10/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: My Bubble
: Tahun Berbicara, Teman Baharu
: TAKLIMAT MALAYSIA MADANI OLEH URUS SETIA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Persediaan Psikologi : Pengurusan Masa dan Prioriti
: Persediaan Psikologi : Pengurusan Emosi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persediaan Psikologi : Pengurusan Kesihatan Minda
Hari Ke-2 | 11/07/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perkongsian Bersama Pesara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Labuhan Motivasi
: Refleksi Penilaian Penutup
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknik Relaksasi (Mindfulness)