Carian Kursus

[ IIA0062 ] Kursus Kesedaran Kepentingan Kesihatan Emosi di Tempat Kerja & Kehidupan Harian Zon Tengah [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Visi:

Mewujudkan tenaga kerja yang sihat dan berdaya tahan yang cemerlang dalam menguruskan stres serta menjaga kesejahteraan mental dan emosi.

 

Misi:

1. Menyediakan program latihan dan sokongan berterusan untuk pengurusan stres dan kesejahteraan mental di tempat kerja.

2. Menggalakkan budaya kerja yang memahami kepentingan kesihatan mental dan emosi.

3. Membangun alat dan sumber yang membantu organisasi dalam mengurus kesihatan mental dan emosi pekerja.

4. Berkolaborasi dengan pakar kesihatan mental untuk menyediakan bahan latihan yang berkualiti tinggi dan relevan.

5. Mengukur dan menilai keberkesanan program untuk penambahbaikan berterusan.

 

Kategori peserta : Pegawai & Kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman tentang stres dan teknik pengurusan yang berkesan.
    To enhance understanding of stress and effective management techniques.
  2. Mengurus masalah emosi dan kesihatan mental dalam organisasi.
    To manage emotional and mental health issues within an organization.
  3. Memahami ujian personaliti untuk pengenalan diri.
    To understand personality tests for self-awareness.
  4. Membangunkan strategi untuk kesejahteraan mental dan emosi di tempat kerja.
    To develop strategies for mental and emotional well-being in the workplace.
Syarat Tambahan

Syarat Wajib

  1. Peserta kursus wajib mengisi pre-test dan post-test untuk mengesahkan kehadiran.

  2. Peserta kursus wajib membuka kamera PC sepanjang tempoh kursus berlangsung.

  3. Peserta kursus wajib mengisi borang penilaian selepas tamat kursus.

Nota: Sekiranya terma dan syarat ini tidak dipenuhi, peserta kursus tidak akan diberikan sijil penyertaan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 02/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TOPIK 1: ICE BREAKING DAN UJIAN PERSONALITI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TOPIK 2: PENGENALAN STRES DAN FAKTOR BERKAITAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TOPIK 3: KESAN DAN GEJALA STRES SERTA GANGGUAN KESIHATAN EMOSI
Hari Ke-2 | 03/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TOPIK 4: PENGURUSAN MASALAH EMOSI DAN KESIHATAN MENTAL DI ORGANISASI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TOPIK 5: TEKNIK PENGURUSAN STRES (STRATEGI AWAL)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TOPIK 6: TEKNIK PENGURUSAN STRES (STRATEGI SPESIFIK)