Kursus secara dalam talian ini memberi pendedahan kepada peserta tentang komunikasi harian dalam bahasa Mandarin dari aspek mendengar, memahami dan berinteraksi dalam urusan harian. Penyertaan adalah terhad kepada 25 orang sahaja.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
2. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
3. Menyelesaikan pre test pada awal kursus dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia di ruangan chat window.
4. Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
5. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
6. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.
7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
8. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Fonetik Bahasa Mandarin | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Ungkapan Harian | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Ungkapan Harian/Angka |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Menanya | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengenalan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Wang / Membeli Barang | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Membeli Barang | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Ulangkaji |