Kursus Tadbir Urus Terbaik yang disediakan oleh Pusat Pengajian Dasar Awam, Pengurusan Projek, dan Governan (PDPG) memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada penjawat awam gred 1- 8 (11-40) mengenai konsep tadbir urus sektor awam secara asas dan memperkenalkan elemen-elemen tadbir urus terbaik dalam membentuk penjawat awam yang berorientasikan rakyat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan Sijil Kehadiran kursus;
3. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran & Ice-Breaking | |
| : | Ceramah 1: Pendekatan Asas Tadbir Urus | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Ceramah 2: Evolusi Tadbir Urus Dalam Sektor Awam | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Tadbir Urus Terbaik |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Ceramah 3: Cabaran Tadbir Urus Dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Ceramah 4: Tadbir Urus Projek | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Motion & Action | |
| : | Refleksi & Penutup |