Carian Kursus

[ KEA0012 ] Kursus Literasi Kaunseling [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Secara umumnya, melalui kursus ini peserta akan mempelajari mengenai bimbingan dan kaunseling secara asas yang merangkumi konsep, matlamat dan faedah mempelajari bidang ini. Peserta kursus juga akan didedahkan dengan beberapa teori dan kemahiran dalam kaunseling secara asas. Kaedah penyampaian dalam kursus ini adalah berbentuk ceramah, pengendalian ujian psikologi, perkongsian kes, latih amal dan perbincangan di antara penceramah dan peserta.

 

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep, matlamat dan keperluan aspek bimbingan dan kaunseling dalam kehidupan seharian.
  2. Mengaplikasi teori dan kemahiran asas dalam pengendalian aktiviti bimbingan dan kaunseling.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Kursus ini sesuai diikuti oleh peserta berikut:

- Bukan dari latar belakang pendidikan bidang psikologi/kaunseling;

- Tidak pernah mengikuti mana-mana latihan dalam bidang psikologi/kaunseling secara rasmi;

- Berminat untuk mempelajari ilmu kaunseling di peringkat asas; dan

- Boleh memberikan kerjasama dalam sesi latihan amali.

 

Kursus ini akan dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Zoom link bagi kursus akan dikongsikan dalam surat tawaran yang diemelkan kepada peserta yang berjaya terpilih mengikuti kursus ini. Peserta akan mengikuti kursus dari tempat kediaman masing-masing dan tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Bukit Kiara. 

 

Sebarang pertanyaan berkaitan kursus, peserta boleh menghubungi penyelaras kursus seperti dalam maklumat berikut:

1- Pn. Norazlinawati bt Mohd Yusslee (Perunding Latihan) - 03-2084 7277 / 013-811 8978 / norazlinawati@intanbk.intan.my

2- Dr. Ahmad Badruddin bin Abdullah (Perunding Latihan Kanan) - 03-2084 7660 / 013-399 4391 / ahmad.bad@intanbk.intan.my 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 27/10/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Bimbingan dan Kaunseling
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Asas Teori Kaunseling Dan Mengenalpasti Masalah
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Personaliti Dan Keunikan
Hari Ke-2 | 28/10/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kemahiran Asas Kaunseling & Latihan Amali
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Keluarga
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kesihatan Mental, Stres dan Perkongsian Kes