Carian Kursus

[ IEB0008 ] KURSUS DARI KONTI KE RADIO : KAWALAN, PEMANTAUAN & PIAWAIAN SIARAN, INDIKATOR KUALITI PENYIARAN [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Era penyiaran digital yang semakin kompetitif menuntut kualiti audio yang lebih optimum dan berprestasi tinggi bagi memenuhi kepuasan pendengar. Peralihan daripada sistem radio analog ke sistem radio digital memberikan cabaran yang memerlukan asas penyiaran yang kukuh  dan kesediaan menerima pembaharuan sejajar dengan transformasi teknologi. Melalui pendekatan teori dan praktikal, peserta akan mempelajari pelbagai faktor yang mempengaruhi kualiti siaran dari segi aspek teknikal mencakupi kawalan isyarat, pemantauan siaran dan piawaian kualiti penyiaran. Kursus ini juga merangkumi pendedahan berkaitan peralatan dan teknik untuk menilai serta meningkatkan kualiti siaran menjurus ke aras piawaian industri penyiaran radio yang terbaik.

Objektif Kursus
  1. Untuk memberi pengetahuan berkaitan aplikasi teknologi yang digunakan dalam penyiaran radio terus kepada pengendali yang terlibat.
  2. Untuk meningkatkan kefahaman petugas pemantauan radio berkenaan asas aliran kerja penyiaran radio serta teknologi terkini yang berkaitan dengannya.
  3. Pemangkin proses pemantauan dan pengawalan kualiti siaran radio ke arah piawaian penyiaran.
Modul/Topik
Hari Pertama | 19/05/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 1 : Pengenalan Kepada Penyiaran Radio
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 2 : MCR Radio : Fungsi & Peranan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 3 : Pemantauan & Kawalan Isyarat
Hari Ke-2 | 20/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 4 : Kualiti Siaran Radio - Piawaian Konsklusif
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 5 : Penulisan Laporan Teknikal Efektif
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 6 : Sistem Pemancaran Radio
Hari Ke-3 | 21/05/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 6 : Sistem Pemancaran Radio (sambungan)
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 7 : Sistem Pemancaran Radio (Online Streaming)
Hari Ke-4 | 22/05/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 8 : Lawatan Pembelajaran
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 9 : Teknologi AoIP: Panduan Praktikal untuk Teknikal Siaran