Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.
Punca kuasa PTM adalah dari Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 yang menjelaskan mengenai pelaksanaan PTM sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan pemilik kursus ini. Kandungan kursus serta slaid ceramah dibangunkan oleh pihak JPA dan dikongsikan kepada semua agensi pelaksana.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Integrasi Kumpulan | |
: | Taklimat Program | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Integrasi Kumpulan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Personaliti dan Kaitannya Sebagai Penjawat Awam |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengurusan Pelanggan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan Integriti & Keselamatan (Isu Keselamatan) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Integriti & Keselamatan (Isu Integriti & Rasuah) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam ( Gaji, Elaun dan Kemudahan) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam Perintah Am (Tatakelakuan dan Tatatertib) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Aduan Awam |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Sistem Pentadbiran Negara | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pemikiran Kritis & Inovatif | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam Lantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan (EPSA) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Overview Perkhidmatan Awam - Pengenalan Kepada Laluan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Ujian |