Kursus Amalan Terbaik Dalam Penternakan Kambing anjuran Institut Veterinar Malaysia adalah terbuka kepada orang awam yang berumur 18 tahun ke atas dan terbuka kepada penternak dan bakal penternak kambing bagi memberikan ilmu dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam bidang penternakan kambing di samping perkongsian pengalaman dari penceramah yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan di lapangan.
Kursus ini hanya menekankan aspek pengurusan kesihatan dan kawalan biosekuriti secara sistematik dalam meningkatkan kecekapan produktiviti ternakan terutamanya dalam sektor kambing pedaging. Penerangan berkaitan pengurusan kesihatan dan program kawalan biosekuriti ladang boleh membantu dalam memastikan prestasi ladang dalam keadaan baik.
Kursus Amalan Terbaik Dalam Penternakan Kambing dilaksanakan secara fizikal (bersemuka) bertempat di Bilik Kuliah Cempaka, Institut Veterinar Malaysia. Terdapat beberapa maklumat tambahan iaitu;
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Overview Industri Penternakan kambing dan fungsi jabatan dan pemegang taruh dalam kawalan penyakit | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Program umum Pengurusan Kesihatan Ternakan Kambing | |
: | Pengurusan penyakit | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Program Kawalan Biosekuriti |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penilaian dan perlaksanaan program pengurusan kesihatan dan kawalan biosekuriti di ladang ternakan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penilaian dan perlaksanaan program pengurusan kesihatan dan kawalan biosekuriti di ladang ternakan |