Pada 2018, kehadiran cacing dalam produk perikanan pernah tular di media sosial, media elektronik dan media massa negara. Kepakaran dari Jabatan Perikanan dipanggil untuk mengenalpasti spesies cacing tersebut dan ia kenalpasti sebagai nematod dalam genus Anisakis. Berikut dari itu, wujud keperluan membangunkan pasukan yang mampu mengenalpasti kewujudan nematod itu dalam ikan segar mahu pun produk hiliran. Kursus ini adalah julung kali diadakan dengan penglibatan tenaga pengajar yang pakar dalam bidang Parasitologi Ikan. ISMAT dipilih sebagai lokasi program kerana mempunyai makmal basah yang luas dan kelengkapan peralatan yang mencukupi serta bersesuaian dengan kandungan kursus.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Teori 1: Penerangan berkaitan Kursus Pengenalan parasit nematod zoonosis & Kaedah pengesanan morfologi | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Teori 2: Kaedah pengesanan nematod kumpulan zoonosis melalui kaedah PCR | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kaedah pengesanan parasit nematod dari sampel ikan selayang 1. Penyediaan sampel 2. Pemencilan nematod 3. Pemerhatian dibawah mikroskop 4. Pengawetan sample |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kaedah pengesanan parasit nematod dari sampel sotong 1. Penyediaan sampel 2. Pemencilan nematod 3. Pemerhatian dibawah Mikroskop 4. Pengawetan sample | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kaedah pengesahan parasit nematod dari sampel ikan dan sotong 1. Ektrak DNA 2. PCR 3. Interpretasi | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Bentuk Laporan |