Carian Kursus

[ TZA0060 ] KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan peserta mengenai PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 dalam aspek Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan secara berkesan yang dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

 

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) tugas dan tanggungjawab sebagai penyelia atau pengurus perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berbudi bahasa;
  2. Menyebutkan tiga (3) kepentingan perkhidmatan pelanggan dari persepsi pelanggan atau orang awam;
  3. Mengamalkan amalan berbudi bahasa dan nilai positif semasa menghadapi cabaran dan tekanan ketika berurusan dengan pelanggan; dan
  4. Meningkatkan kemahiran dan keupayaan peserta dalam mengendalikan perkhidmatan pelanggan melalui aktiviti-aktiviti simulasi dan pembelajaran kendiri.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Para peserta dikehendaki berpakaian kemas semasa berkursus dan memakai tag nama;

4. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus; dan

5. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kelak.

Modul/Topik
Hari Pertama | 07/07/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TAKLIMAT KURSUS & TAKLIMAT MADANI
: KONSEP PERKHIDMATAN PELANGGAN BERKUALITI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PERKHIDMATAN KAUNTER & TELEFON BERKUALITI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: HUBUNGAN INTERPERSONAL
Hari Ke-2 | 08/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MYSTERY SHOPPING
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MYSTERY SHOPPING/ TUGASAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PEMBENTANGAN MYSTERY SHOPPING
Hari Ke-3 | 09/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KOMUNIKASI BERKESAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: IMEJ SEBAGAI PETUGAS BARISAN HADAPAN
: RUMUSAN & PENILAIAN KURSUS