Dalam konteks keselamatan nasional dan tadbir urus moden, ancaman terhadap sesebuah negara tidak lagi terhad kepada bentuk fizikal atau ketenteraan konvensional (kinetik), sebaliknya telah beralih kepada bentuk ancaman hibrid.
Antara komponen utama ancaman hibrid ini ialah manipulasi minda dan persepsi melalui Propaganda Kepentingan yang kini menjadi cabaran utama kedaulatan negara.
Menghakis kepercayaan terhadap institusi utama, meruntuhkan kestabilan dari dalam, serta memecahbelahkan perpaduan masyarakat majmuk antara contoh ancaman hibrid. Justeru, tadbir urus keselamatan moden menuntut anjakan strategi yang menyeluruh bagi mendepani propaganda kepentingan ini.
Konsep Geostrategi, Propaganda dan Perang Saraf (GSPS) merupakan aspek penting dalam memahami bagaimana maklumat, naratif dan komunikasi strategik digunakan untuk mempengaruhi pemikiran, tingkah laku serta tindakan sesuatu pihak.
Dalam konteks pentadbiran negara, pemahaman terhadap GSPS membantu penjawat awam mengenal pasti cabaran berkaitan penyebaran maklumat palsu, manipulasi persepsi, ancaman komunikasi digital serta pengaruh luar yang boleh memberi kesan terhadap kestabilan negara.
PESERTA TERDIRI DARIPADA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, PEGAWAI PENERANGAN DAERAH NEGERI SELANGOR, JABATAN KOMUNIKASI (JKOM) SELANGOR DAN PEGAWAI BAHAGIAN KORPORAT SUK NEGERI SELANGOR SAHAJA
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Teknik dan Strategik Komunikasi Perang Saraf dan Propaganda | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Memahami Situasi, Keadaan dan Khalayak. | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Fokus Komunikasi Berkesan dalam konteks Selangor |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Apa itu profiling? | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Profiling Kawasan dan Khalayak Ramai | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Menganalisis, mengurus dan mengatur isu dan krisis. |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Latihan amali di lapangan | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Latihan amali di lapangan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pembentangan |