Carian Kursus

[ EAG1001 ] KURSUS PEMAKANAN HAIWAN (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pemakanan Haiwan bagi Meningkatkan Reproduktif Ternakan adalah penting kerana pemakanan yang seimbang merupakan faktor utama dalam menentukan tahap kesuburan, kadar kelahiran serta kesihatan anak ternakan. Kekurangan nutrien sering menjadi punca kepada masalah reproduktif seperti kemandulan, kelewatan bunting dan kelahiran anak yang lemah. Melalui kursus ini, penternak dapat meningkatkan pengetahuan mengenai kaedah pemakanan yang betul, memanfaatkan teknologi pemakanan terkini seperti Total Mixed Ration (TMR) dan suplemen nutrisi, serta mengoptimumkan penggunaan makanan bagi mengelakkan pembaziran. Secara tidak langsung, kursus ini dapat meningkatkan produktiviti dan keuntungan penternak, selain menyokong usaha negara dalam memperkukuhkan industri ternakan tempatan ke arah jaminan bekalan makanan yang lebih mampan.

 

Objektif Kursus
  1. 1. Memberi pendedahan kepada pegawai teknikal mengenai kepentingan pemakanan seimbang dalam meningkatkan kesuburan dan kadar reproduktif ternakan. 2. Meningkatkan pengetahuan peserta tentang jenis nutrien, formulasi makanan, serta kaedah pemberian makanan mengikut fasa pembiakan ternakan dan mengurangkan masalah reproduktif seperti kemandulan, kelewatan bunting dan anak lahir lemah. 3. Memperkenalkan teknologi Total Mixed Ration (TMR) dan penggunaan sistem MyFeed Apps. 4. Menambah pengetahuan kaedah mengoptimumkan kos pemakanan ternakan bagi meningkatkan produktiviti dan pulangan ekonomi. 5. Menyokong usaha negara dalam meningkatkan populasi ternakan serta menjamin keselamatan makanan negara.
    Providing technical officers with exposure to the importance of balanced nutrition in improving livestock fertility and reproductive rates.Enhancing participants' knowledge regarding types of nutrients, feed formulation, and feeding methods tailored to the livestock's reproductive phases, as well as reducing reproductive issues such as infertility, delayed pregnancy, and weak offspring at birth.Introducing Total Mixed Ration (TMR) technology and the utilization of the MyFeed Apps system.Increasing knowledge on methods to optimize livestock feed costs in order to boost productivity and economic returns.Supporting national efforts to increase the livestock population and guarantee national food security.
Syarat Tambahan

Terhad kepada kakitangan teknikal di bawah BPGTP, DVS

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 23/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Fisiologi Reproduktif & Sistem Endokrin Ternakan
: Impak Nutrisi Terhadap Kadar Kesuburan (Fertiliti) Ternakan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Manipulasi Diet bagi Memaksimumkan Survival Sperma & Kejayaan AI Rumusan Diet Optima untuk Pejantan & Induk Bunting
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknologi & Inovasi Alat Bantuan Pembiakan Ternakan • Aplikasi Inovasi Mekanikal dalam Pembiakan Ternakan • Pengenalan kajian teknologi alat permanian beradas mekanikal (Electro-Mechanical AI Device)
Hari Ke-2 | 24/09/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Simulasi Sistem MyFeed Kalkulator & Pengiraan Ration Digital