Carian Kursus

[ TZA0055 ] Kursus Kreativiti di Tempat Kerja [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini melibatkan 20 peratus pengajaran dan 80 peratus latih amal dan aktiviti dengan menggunakan kaedah tingkahlaku am (general habit/ behaviour) yang dapat digunakan secara sengaja atau secara langsung yang mengandungi gabungan pelbagai pendekatan. Operasi ini menyediakan suatu kerangka yang berguna untuk memperolehi pengetahuan & untuk memanfaatkan pengetahuan yang sedikit. Dalam pendekatan ini, pengetahuan dan tindakan dapat digunakan bersama-sama dan serentak pada situasi yang baru.  

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep kreativiti dan teori Generativiti berdasarkan Dr. Robert Epstein;
  2. Menjana strategi ke arah kreativiti melalui permainan , aktiviti dan latih amal CAPTURING, CHALLENGING, BROADENING & SURROUNDING; dan
  3. Mempraktikkan kreativiti di tempat kerja melalui aktiviti dan latih amal yang diberikan dengan berkesan.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

  4. Makanan sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM;

  5. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

  6. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;

  7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/02/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran & Taklimat
: Teori Generativiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Adakah Semua Orang Kreatif ?
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Capturing
Hari Ke-2 | 14/02/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Challenging
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Broadening
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Surrounding
Hari Ke-3 | 15/02/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Team Creativity
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: FINAL DE-BRIEFING
: Penilaian & Penutup