Kursus ini diadakan bagi melatih penjawat awam meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran melaksanakan pengurusan baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) berdasarkan Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bil 1 tahun 2016, iaitu Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;
1. tidak perlu datang ke INTAN Kampus Sabah secara fizikal samaada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada ditempat masing-masing.
2. hendaklah log in kepada ZOOM pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.
3. dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.
4. boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat window Zoom.
5. mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat window Zoom.
6. membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan : Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu KIK | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pengikhtirafan : Mekanisme & Kriteria Pemarkahan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Penghasilan Projek : Pengenalpastian Projek dan Pengenalan Design Thinking dan Blue Ocean Strategy |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penghasilan Projek : Teknik dan Kaedah Blue Ocean Strategy & Latih Amal | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Penghasilan Projek : Teknik dan Kaedah Blue Ocean Strategy & Latih Amal | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Penghasilan Projek : Teknik dan Kaedah Blue Ocean Strategy & Latih Amal |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pengiktirafan : Penyediaan Dokumentasi & Latih Amal | |
SESI 2 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengiktirafan : Penyediaan Dokumentasi & Latih Amal, Rumusan, Penilaian & Penutupan |