Carian Kursus

[ SZA0045 ] Kursus Penyeliaan Dalam Organisasi [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan secara blended learning di mana peserta perlu merancang dan melaksanakan satu (1) projek khidmat sosial di lapangan yang bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti dan kewibawaan serta keyakinan dalam urusan penyeliaan. Ini juga bertujuan untuk  memahami peranan dan tanggungjawab penyelia sebagai pemimpin, menerima dan membawa perubahan kepada diri, pasukan kerja dan organisasi.

 

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep kepimpinan dan prinsip-prinsip organisasi dengan betul.
  2. Mengenal pasti kaedah-kaedah yang tepat dan betul untuk menyelesaikan masalah yang lazim dihadapi oleh penyelia di tempat kerja.
  3. Mengaplikasikan teknik dan kemahiran sebagai penyelia yang berkesan di organisasi.
Syarat Tambahan

Semua peserta dikehendaki mematuhi syarat serta peraturan kursus seperti berikut:

1.   Para peserta dimohon untuk melaksanakan perkara berikut :

       1.1.     Melakukan ujian kendiri COVID-19 dalam tempoh 24 jam sebelum pendaftaran dan membawa keputusan ujian  tersebut semasa hari pendaftaran;

       1.2.     Peserta yang mempunyai simptom seperti batuk, selsema atau demam atau positif COVID-19 adalah DILARANG  sama sekali berkursus di IKWAS;

2.    Peserta TIDAK PERNAH mengikuti Kursus Penyeliaan Dalam Organisasi anjuran INTAN Kampus Wilayah Selatan.

3.    Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula

4.    Para peserta dimohon untuk memakai TANDA NAMA (name tag) semasa menyertai sesi kursus.

5.    Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus.

6.    Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan  peserta tidak menerima sijil kehadiran serta tidak melayakkan pegawai mendapat Sijil Kursus. Sebab-sebab tidak hadir hanya dibenarkan dan diberi pertimbangan oleh pihak urus setia.

7.    Peserta hendaklah sentiasa mematuhi etika berpakaian semasa berkursus dan mematuhi arahan pihak IKWAS.

8.    Pengurus Program akan memaklumkan kepada Ketua Jabatan/Penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/05/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN PENYELIA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENYELIAAN DALAM PENGURUSAN ORGANISASI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGURUSAN PERUBAHAN
Hari Ke-2 | 14/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PERSEDIAAN PELAKSANAAN PROJEK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PERSEDIAAN PELAKSANAAN PROJEK
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PERSEDIAAN PELAKSANAAN PROJEK
Hari Ke-3 | 15/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ANALISIS FUNGSI PENGURUSAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: ANALISIS FUNGSI PENGURUSAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: ANALISIS FUNGSI PENGURUSAN
Hari Ke-4 | 16/05/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENYELESAIAN MASALAH
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: ANALISIS PELAKSANAAN PROJEK & PENILAIAN KURSUS