Kursus Kreativiti di Tempat Kerja dapat menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti bagi meningkatkan daya saing, memacu pembangunan negara dan meningkatkan produktiviti penjawat awam dalam usaha menyumbang peningkatan kekayaan ekonomi negara menerusi penjimatan tenaga, masa dan kos yang sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti, hasil kerja dan perkhidmatan.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali sarapan pagi pada hari pertama kursus TIDAK disediakan;
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;
Sejumlah RM30.00 akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus (Kadar yuran bagi peserta swasta tempatan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan, GLC ialah RM300.00: tanpa penginapan dan RM420 : termasuk penginapan). Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pendaftaran peserta & Pengenalan Malaysia Madani | |
: | Teori Generativiti | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Adakah Semua Orang Kreatif ? | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Capturing |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Challenging | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Broadening | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Surrounding |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Team Creativity | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | FINAL DE-BRIEFING | |
: | Penilaian & Penutup |