Carian Kursus

[ SZA0045 ] Kursus Penyeliaan Dalam Organisasi [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan secara blended learning bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti dan kewibawaan serta keyakinan dalam urusan penyeliaan. Ini juga bertujuan untuk  memahami peranan dan tanggungjawab penyelia sebagai pemimpin, menerima dan membawa perubahan kepada diri, pasukan kerja dan organisasi

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep kepimpinan dan prinsip-prinsip organisasi dengan betul.
  2. Mengenal pasti kaedah-kaedah yang tepat dan betul untuk menyelesaikan masalah yang lazim dihadapi oleh penyelia di tempat kerja.
  3. Mengaplikasikan teknik dan kemahiran sebagai penyelia yang berkesan di organisasi
Syarat Tambahan

Semua peserta dikehendaki mematuhi syarat serta peraturan kursus seperti berikut:

1.    Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula

2.    Para peserta dimohon untuk menggunakan NAMA PENUH yang telah diperuntukan  semasa menyertai sesi kursus melalui platform yang akan ditetapkan oleh pihak urus setia sama ada menggunakan aplikasi Zoom/Google Meet  masing- masing bagi memudahkan sesi pendaftaran dan pengesanan peserta.

3.    Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus.

4.    Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan  peserta tidak menerima sijil kehadiran serta tidak melayakkan pegawai mendapat Sijil Kursus. Sebab-sebab tidak hadir hanya dibenarkan dan diberi pertimbangan oleh pihak urus setia.

5.    Pengurus Program akan memaklumkan kepada penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. Kebenaran tidak hadir dalam mana-mana slot kursus dengan kebenaran tidak akan menyebabkan catatan bahawa para peserta gagal hadir pada keseluruhan kursus

6.    Menetapkan webcam sentiasa dalam mode on semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mode off sekiranya tiada keperluan interaksi. Laluan soal jawab akan diberikan kepada para peserta

7.    DILARANG untuk menyebarkan pautan zoom kursus kepada BUKAN PESERTA.

Modul/Topik
Hari Pertama | 17/05/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Penyelia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyeliaan Dalam Pengurusan Organisasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Mengurus Perubahan : Konsep dan Strategik
Hari Ke-2 | 18/05/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyelesaian Masalah
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Tugasan Kumpulan (Penyelesaian Kes)