Carian Kursus

[ KBA0003 ] Power Up Your English Series: Effective Report Writing [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini merangkumi prinsip asas penulisan laporan, termasuk struktur, gaya, dan nada. Peserta kursus akan mempelajari cara untuk menyusun maklumat dengan logik, menyampaikan data dengan berkesan, dan menghasilkan kesimpulan serta cadangan yang menarik. Sepanjang kursus ini, peserta akan terlibat dalam latihan praktikal, seperti menulis laporan pelbagai jenis atau ringkasan projek. Penekanan akan diberikan kepada kejelasan, koheren, dan ketepatan dalam komunikasi. Peserta juga akan meneroka perangkap (pitfalls) biasa dalam penulisan laporan, seperti kekaburan dan penyampaian data yang lemah, serta cara untuk mengelakkannya.

Menjelang akhir kursus ini, peserta kursus akan mahir dalam menghasilkan laporan yang bukan sahaja teratur dan ditulis dengan baik, tetapi juga disesuaikan untuk memenuhi keperluan audiens sasaran mereka.

Kumpulan sasar ialah gred 41 - 54 (SSM) atau gred 9-15 (SSPA)

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasikan struktur asas sesebuah laporan dengan menyusun kandungan ke dalam bahagian yang sesuai seperti pendahuluan, metodologi, penemuan dan kesimpulan
    Apply the basic structure of a report by organizing content into appropriate sections such as introduction, methodology, findings, and conclusion.
  2. Menilai tahap keberkesanan laporan ringkas rakan sebaya menggunakan rubrik piawai yang merangkumi aspek kejelasan, koheren, struktur, tatabahasa, serta pematuhan terhadap garis panduan penulisan laporan.
    Evaluate the effectiveness of a peer’s short report using a standardised rubric that includes aspects such as clarity, coherence, structure, grammar, and adherence to report writing guidelines.
  3. Merangka satu laporan ringkas yang lengkap berdasarkan satu senario yang diberikan, dengan menunjukkan struktur yang logik, penulisan yang jelas, dan penggunaan tajuk dan subtajuk yang sesuai.
    Produce a complete short report based on a given scenario, demonstrating logical structure, clear writing, and appropriate use of headings and subheadings.
Modul/Topik
Hari Pertama | 14/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Introduction to Report Writing
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Writing Clear Sentences and Paragraphs in Report
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Report Writing Guideline
Hari Ke-2 | 15/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Techniques for Effective Report Writing
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Producing Effective Short Report
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peer Review and Feedback/ Common Mistakes in Report Writing