Kursus Pembangunan Minda Beretika dilaksanakan bagi memberi ruang kepada penjawat awam dalam usaha meningkatkan amalan nilai dalam organisasi. Kursus ini juga dijangka akan dapat membantu mempertingkatkan tahap produktiviti dan inovasi, mengurangkan salah laku seterusnya meningkatkan lagi tahap amalan berintegriti dalam kalangan penjawat awam. Peningkatan amalan nilai ini akan menjadikan sesebuah organisasi lebih cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan masing-masing.
Kursus Pembangunan Minda Beretika Siri 1/2025 ini akan dijalankan secara dalam talian.
Antara syarat lain:
1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Pembangunan Minda Beretika anjuran INTAN Bukit Kiara sebelum ini.
2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam sesi perkongsian.
3- Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.
4- Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus.
5- Sejumlah RM 30 ringgit yuran perlulah dibayar oleh peserta sebagai yuran pendaftaran kursus secara dalam talian melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna) selewat-lewatnya 16/01/2025. Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.
Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGENALAN KEPADA FUNGSI MINDA | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MINDA ETIKA DAN KAITAN DALAM KONSEP IHSAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MINDA HORMAT |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MINDA ETIKA | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MINDA DISIPLIN, MINDA SINTESIS DAN MINDA KREATIF | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | KEPIMPINAN BERETIKA |