Kursus ini khusus untuk penjawat awam yang menerangkan mengenai Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan yang sistematik dan betul berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Semasa yang berkuatkuasa. Semua Penjawat Awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan stor adalah digalakkan untuk menyertai kursus ini.
TERBUKA KEPADA AGENSI SECARA KOLABORASI IAITU JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU SAHAJA.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
4. Makan pagi dan tengah hari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM;
5. Buku program tidak akan dicetak selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
6. Tempat penginapan sepanjang kursus berlangsung di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;
7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan : Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan | |
: | Pendaftaran dan Taklimat Kursus & Malaysia Madani | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penerimaan Stok | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Merekod Stok |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penyimpanan Stok | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengeluaran Stok | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pemeriksaan (Verifikasi Stor) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Keselamatan dan Kebersihan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pindahan dan Pelupusan Stok | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kehilangan dan Hapus Kira |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pembentangan Kumpulan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pembentangan Kumpulan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Rumusan dan Penutupan Kursus |