Carian Kursus

[ KPB0003 ] Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) - Modul II : Perancangan Projek [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus 3PAB ialah kursus komprehensif khusus untuk pegawai awam yang terlibat dalam pengurusan projek awam. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada peserta sebagai pengurus projek bertauliah yang berkemampuan menguruskan projek secara profesional.

 

Peserta akan mengikuti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta melalui pelbagai bentuk penilaian secara menyeluruh sepanjang kursus dijalankan.

 

Bagi melayakkan peserta dipertimbangkan pentauliahan dengan pensijilan pengurusan projek awam bersepadu (3PAB), peserta perlu menghadiri ke semua Modul I, Modul II, Modul III, Modul IV dan Modul V (penempatan projek) dalam tempoh masa dua (2) tahun.

 

Kursus ini dilaksanakan selama empat (4) hari secara bermodul.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kompetensi, daya inovasi dan kreativiti dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai projek.
  2. Menyediakan platform untuk mengenal pasti dan mengaplikasi kaedah terbaik dalam pengurusan projek serta mampu menyelesaikan masalah.
  3. Membangunkan kumpulan kepakaran dalam bidang pengurusan projek.
  4. Mendapat pengiktirafan sebagai pengurus projek bertauliah dan berkemampuan menguruskan projek secara profesional.
  5. Menyediakan peluang perkongsian pelbagai bidang kepakaran dalam pengurusan projek melalui strategi kolaboratif.
Syarat Tambahan

 

  • Peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak dibenarkan masuk dan perlu dirujuk untuk mendapat rawatan.
  • Lengkap dua dose vaksin 
  • Peserta diwajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera.
  • Peserta digalakkan menggunakan pelitup muka sekerap yang mungkin sepanjang kursus berlangsung.
Modul/Topik
Hari Pertama | 14/02/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kebenaran Merancang
: Taklimat Kursus
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Nilai
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Simulasi Pengurusan Nilai
Hari Ke-2 | 15/02/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Dokumen Tender
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Kontrak Kerja
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Kontrak Bekalan Dan Perkhidmatan
Hari Ke-3 | 16/02/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Penyediaan Projek Brief
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penjadualan Projek
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penjadualan Projek
Hari Ke-4 | 17/02/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Kontrak Daripada Perspektif Jabatan Peguam Negara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pemilihan Kontraktor Menggunakan Multi Criteria Decision Making (MCDM)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Kepada Perkhidmatan Perunding
Hari Ke-5 | 18/02/2022 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peperiksaan